Tuesday, 29 November 2011

FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBINAAN RUMAH Sejarah Rumah Tradisional


1.  Rumah Minangkabau di Negeri Sembilan mempunyai rekabentuk seperti tanduk kerbau. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan. 
   


2.  Rekabentuk rumah di Cameron Highlands, Pahang sama seperti rekabentuk rumah di England. Menurut sejarah, orang British membina rumah tersebut  semasa menjajah negara kita. 

3.  Rekabentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuknya sama dengan rumah di Belanda. Ini kerana Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.

4.  Bentuk muka bumi turut mempengaruhi jenis rumah yang dibina.
5.  Tanah pamah sesuai bagi pembinaan rumah banglo dan kondominium.
6.  Rumah bertiang tinggi seperti rumah air sesuai dibina di pinggir laut.

7.  Rumah orang Mesir mempunyai bumbung yang rata kerana ia bersesuaian dengan suasana gurun berpasir yang kurang hujan dan sering dilanda angin kencang.

8.  Orang Eskimo yang tinggal di kawasan Kutub utara membina rumah    menggunakan bongkah ais yang dipanggil rumah Iglu.

9.  Rumah tradisional biasanya mempunyai tiang yang tinggi bagi tujuan mengelakkan banjir dan ancaman binatang. 

10. Bumbung rumah berbentuk "V" terbalik memudahkan air hujan mengalir ke 
     bawah dan mengurangkan rasa panas di rumah. 

Wednesday, 23 November 2011

RUMAH TRADISIONAL


Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.
Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.

1. Rumah Minangkabau
Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang, (Rumah Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau.Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan rumah adat Minangkabau.





2. Rumah Tinggi
Rumah Tinggi Melayu merupakan rumah tradisi masyarakat Melayu dahulu kala. Jenis rumah ini biasanya boleh dilihat di kampung. Keunikannya juga boleh dilihat dari segi struktur lantai rumah tersebut.


3. Rumah Panjang

Jenis rumah panjang biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.




RUMAH MODEN


1. Rumah Banglo
Banglo adalah amat sesuai untuk pemilik-pemilik rumah kerana semua kawasan kediaman terletak pada satu tingkat dan tidak adanya tangga antara bilik-bilik. Oleh itu, rumah banglo amat mudah ditukarkan menjadi tempat kediaman orang cacat yang menggunakan kerusi roda. Kawasan kejiranan yang hanya terdiri daripada banglo-banglo memberikan lebih banyak kebersendirian tanpa gangguan berbanding dengan kawasan kejiranan yang terdiri daripada rumah-rumah dua tingkat.
Bagi banglo, pokok dan pokok renek yang ditanam pada tempat-tempat strategik adalah mencukupi untuk mengadang pandangan jiran-jiran. Sebaliknya bagi rumah dua tingkat, rumah-rumah yang lebih tinggi itu memerlukan pokok yang jauh lebih tinggi untuk mencapai kesan-kesan yang sama, dan tidaklah praktik bagi pokok-pokok yang begitu tinggi ditanam terlalu dekat dengan rumah.


2. Rumah Teres
Variasi terdahulunya pada rumah teres telah dibinakan dengan kayu, kemudian digantikan dengan sebuah kulit pertukangan batu memegang alang kayu untuk membentuk asas untuk tingkat yang di atas dan bumbung jubin. Variasi sezaman secara asas dipegang sama dengan alang konkrit diperkukuhkan, yang kemudian dilengkapkan dengan bongkah konkrit, dinding batu-bata dan bumbung jubin.


3. Rumah Pangsa
Rumah Pangsa dipanggil sebagai rumah apartment atau blok bangunan flat yang terdiri daripada banyak unik.  Biasanya boleh dilihat di bandar dan ia dibina kurang daripada 10 tingkat.


4. Kondominium
Kondominium adalah rumah yang dibina bertingkat -tingkat  dan mempunyai keluasan yang lebih berbanding dengan rumah apartment dan flat dan rumah ini mempunyai sekuriti yang menjaga keselamatan penduduk di situ.Kawasan sekitarnya juga mempunyai taman permainan dan berdekatan dengan pusat membeli belah.