Tuesday, 29 November 2011

FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBINAAN RUMAH Sejarah Rumah Tradisional


1.  Rumah Minangkabau di Negeri Sembilan mempunyai rekabentuk seperti tanduk kerbau. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan. 
   


2.  Rekabentuk rumah di Cameron Highlands, Pahang sama seperti rekabentuk rumah di England. Menurut sejarah, orang British membina rumah tersebut  semasa menjajah negara kita. 

3.  Rekabentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuknya sama dengan rumah di Belanda. Ini kerana Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.

4.  Bentuk muka bumi turut mempengaruhi jenis rumah yang dibina.
5.  Tanah pamah sesuai bagi pembinaan rumah banglo dan kondominium.
6.  Rumah bertiang tinggi seperti rumah air sesuai dibina di pinggir laut.

7.  Rumah orang Mesir mempunyai bumbung yang rata kerana ia bersesuaian dengan suasana gurun berpasir yang kurang hujan dan sering dilanda angin kencang.

8.  Orang Eskimo yang tinggal di kawasan Kutub utara membina rumah    menggunakan bongkah ais yang dipanggil rumah Iglu.

9.  Rumah tradisional biasanya mempunyai tiang yang tinggi bagi tujuan mengelakkan banjir dan ancaman binatang. 

10. Bumbung rumah berbentuk "V" terbalik memudahkan air hujan mengalir ke 
     bawah dan mengurangkan rasa panas di rumah. 

No comments:

Post a Comment